






PERMAINAN TERBAIK = BEKERJA
KEKELIRUAN TERBESAR = KEHIDUPAN
KEANEHAN TERAGUNG = KEMATIAN
KESILAPAN TERBESAR = PUTUS ASA
SIFAT PALING HINA = KEANGKUHAN
KEPERLUAN TERAGUNG = AKAL BUDI
ORANG PALING BAHAYA = PENDUSTA
CIPTAAN YANG PALING MENAKUTKAN = PEPERANGAN
KEGAGALAN PALING BURUK = JIWA YANG HILANG SEMANGAT
TEMAN YANG PALING DIGEMARI = ORANG YANG TETAP MENERIMA ANDA SEADANYA
PERASAAN PALING KEJI = IRI HATI
TINDAKAN TERBAIK = KETENANGAN FIKIRAN DAN ADIL DALAM PERTIMBANGAN
KEBERKATAN TERBAIK = KESIHATAN
PENGALAMAN PALING MEMUASKAN = MENJALANKAN
KEWAJIPAN ANDA TERLEBIH DAHULU
KEMENANGAN TERBESAR = KEMENANGAN ATAS DIRI DENGAN
USAHA SENDIRI
KECACATAN TERBESAR = MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
KEHILANGAN TERBESAR = HILANGNYA KEYAKINAN DIRI
Teman,
Kejadian hari ini telah mengajarku
Apa erti persahabatan yang sejati.
Peristiwa hari ini telah membuka mataku
Apa erti persahabatan yang sebenar
Pertempuran hari ini telah menyedarkanku
Kepekaan terhadap perasaan seseorang itu
Amat genting dalam sebuah persahabatan
Perselisihan hari ini telah menginsafkanku
Dari melukai perasaan teman
Setahun lalu ku mengenali dirimu
Tidak cukup untuk mengenal isi hatimu
Aku tidak berhak menegurmu
Kerana diriku belum tentu
Lebih mulia darimu
Aku kehausan
Kemaafan darimu
Persahabatan ini terlalu mulia
Tidak sanggup ku lihat ia
Ditimpa bencana
Ya Rabbi.
Berkatilah persahabatan ini
Jernihkanlah sebarang kekeruhan
Muliakanlah insan yang ku panggil Teman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan